Sebelum mendaftar sebagai pengguna, anda hendaklah membaca dan memahami keseluruhan syarat-syarat penyertaan di bawah. Sekiranya anda bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, klik butang Saya Setuju.
- Seorang individu hanya boleh mendaftar SATU (1) Login sahaja.
- Penyertaan terbuka kepada semua individu yang berumur antara 18-60 tahun.
- Pendaftaran ini adalah sebagai pengguna halaman web e-recruIT dan halaman-halaman web berkaitan dengannya.
- Pendaftaran ini bertujuan untuk membolehkan anda memohon jawatan di USM, mengemaskini maklumat permohonan anda dan menyemak status permohonan anda.
- Pastikan maklumat yang diberi adalah BENAR dan sekiranya maklumat itu didapati palsu, permohonan anda akan DIBATALKAN dan jika anda telah ditawarkan jawatan, perkhidmatan anda akan DITAMATKAN serta-merta dan anda boleh dikenakan TINDAKAN undang-undang.
- Pastikan maklumat pada borang permohonan anda adalah BENAR. Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan-1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabitkan boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda dua ribu Ringgit Malaysia atau kedua-duanya sekali.
- Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan boleh membuat permohonan secara 'online' selaras dengan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2004: Permohonan Jawatan Secara Online Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat.